Betul ka Sosej Ramli ada babi?

Assalamualaikum kawan-kawan, watie juz nak kongsi ja, 

minggu lepas time watie ada keja, watie selalu dapat email yang mendakwa bahawa SOSEJ RAMLI TU ADA DAGING BABI. Siap ada Surat rasmi yang sosej ramli tu haram lagi. 
pelik kan. nama melayu, takkan lah melayu nak menjahanam kan umat islam macam dia kan. 
ada lah tanya kawan-kawan kenapa pulak sosej ramli nie ada nama ramly, nama melayu pulak tu.
pastu ada lah hamba allah tu cakap yang sekarang cina dah ambil alih kilang ramly tu, cuma tak tukar nama ja..
macam tak masuk akal ja kan. 
bila watie cakap pasai nie lak, ayah watie cakap ada orang kianat nak buat depa. ayah watie cakap kalau ada daging babi napa lah ramly selalu dapat anugerah. pelik2. (MASUK PAPER)
haaaaa hari nie 5 feb 2012 jam 8.26PM TV3 dah keluaq dah yang depa kena fitnah.. 
subhanallah. awat lah yang jahat sangat nak fitnah orang. sebab kilang-kilang tak dak untung ka. semua tu rezeki dari allah. rugi tu kena lah berusaha bagi maju. jangan asyik nak fitnah orang ja..
dekat dunia nie boleh lah hampa fitnah orang, nanty di akhirat. hampa tau lah nasib hampa. 
eeeee.. takot lah...... 
bawa-bawa lah insaf sama. 
so hampa toksah risau lah nak makan sosej tu. halal lah. kalau duk was2 jugak.
hampa toksah gatai lah makan sosej tu. senang.. makan ja 
haaa. senang.. hahahah... habis cerita.. hahahahahh! 

peace!
 



No comments: